Monday, November 30, 2009

Bulan Haji

"Bulan haji telah tiba lagi ..." itul bait2 lagu yang sentiasa berkumandang bila musim haji. Dah selesai pun dan kita d Malaysia pun dah meraikan dan menjalankan ibadah korban.
Penerbangan pulang yang awal akan mula pada minggu dan salah seorang dari mereka sudah tentu rakan sekerja aku Kak NMK.
Makcik ku plak mak c Daeng, Boboy, Epi dan along akan pulang pada penghujung Dec.
Pasti seronok bagi mereka2 yang telah menjejakan kaki d sana menjadi tetamu Allah...
Aku sekeluarga ada merancang dan berniat nak ke sana dan semua itu berlaku dengan izin Allah dan mudah2an d permudahkan.
Lama aku tak update citer citi d sini bukan tak sibuk, sibuk jugak tp maleh nak berebut giliran banyak lagi urusan lein yg perlu d bereskan.
Rutin harian pergi kerja 8am - 4.30pm. Klu ada latihan sukan company jam 9mlm le sape rmh. Sape kat rmh klu takda apa2 yg d sibukan aku buka opis hp sape jam 2 - 3 pg baru tido.
Bukan sengaja nak tido lewat tp tak sedar buka tutup, belek2 hp cari cara nak settel masalah hp..
Berserabut gak sebenarnya tp aku tak campur adukan urusan kerja, family dan part time..sumanya mencabar minda...
Skang aku dah ada nama company sendiri SALMAZ Ent.
Allhamdulillah rame kenalan dah tau aku ada buat kerja baik pulih hp. Makasih.
Hari ni biasa ja tp best sebab Chealsea mng ngan Arsenal dan masih mendahului tahta EPL yeehaa...Fans lein aku tak kisah nak jd apa wakakaka...
Susu Alpha Lipid tak rancak seperti dulu so aku assist wife maintain the flow.
"So I be back"

Wednesday, September 30, 2009

Cekik poket (darah)

Minggu ni dah mula kerja setelah lama bercuti raya tapi masih blom habis beraya lagi hehehe..
Minggu ni jugak aku sibuk ngan closing 3rd qtr, hantar hp2 yang dah siap baikpulih dan memerah idea tuk daftar sykt.
Hp Blackberry Bold telah pun selamat d kembalikan kepada yang empunya. Hp tu meme best la sepadan ngan reganya d pasaran. Tima kasih En Akhbar.
Balik cuti beraya d kampung aku sempat gak cari job sambil p baraan rumah sedara mara. Selain top-up prepaid ada 2 biji hp nak repair N70 ngan N73.
Aku tak tunggu lama pun masa kat kampung pun aku dah buka check apa kerosakan. Bleh tahan gak problem hp2 tu...Owner dengar penjelasan dan setuju bg aku repair jd aku bawak blk KL cari barang ganti.
So far aku dah merasa buka pasang byk jenis hp model nokia, sony, LG, motorola, O2, Blackberry, china phone, iphone n samsung.
Biasa la ada yang senang / yg susah nak buka, cari barang ganti / yg total lost K.O.
Syukur jugak sehingga hari ni aku dah berjaya mendaftarkan sebuah sykt atas nama SALMAZ Ent hasil percantuman singkatan awalan nama aku ngan wife tercinta yeahaa...
Terima kasih banyak kepada Pn Suzane yang membantu segala urusan pendaftaran sykt SALMAZ Ent.
Tadi aku Plaza Low Yat cam biasa p cari barang ganti hp bukan kereta / kek hehehe..cam pelik *&%$# lepas ja raya ni rega barang ganti naik mendadak tak ble le nak demand2 langsung katanya stok barang masuk dah kurang / terhad.
Mula2 aku p ke level 1 menjual peralatan telekomunikasi hadui hai ic ngan centre board berdentum rega cam meriam besi...pastu LCD LG merata aku p suma takda barang mau tunggu kapal yang tak tau bila nyandar hampeh..!!!!
Naik level 2 menjual peralatan komputer aku nak cari bateri laptop acer yang K.Norehan kirim yang ni pun setiap kedai aku tanya kena tunggu depa p check kat store.
Klu satu 15 - 20 minit menunggu klu 12 kedai aku tanya bapa banyak masa aku berlalu dah la takda kursi sakit pinggan aku berdiri.
Yang paling best kat level ni ada satu meme kedai melayu aku p tanya ada barang ka dak dia kata mungkin ada kena p check dan sblm p aku tanya bapa rega dia sebut harga yang d luar dugaan malah lebih mahal dari harga kedai yg lelaien tak ble kurang plak tu...aparaa cane nak tolong melayu ?????
Last kat kedai Pakistan gak aku dapat barang ngan rega yang d persetujui oleh K.Norehan.
Malas nak p sana sini lagi / tawar2 trus ja angkat tanya lebih kurang warranty dah tentu yea...!!!
Tak perlu citer apa lagi sebabnya hp enche Sam yang terbarai dah menanti tuk d pasang semula tuk memastikan ia kembali berfungsi pergh...

p/s: Skang aku dah ada sorang partner yang berminat ngan kerja2 repair HP enche Arin. Area Puchong dia cover hardcore problem baru ref aku le..hehehe
Dia ni kira hebat gak menangkap tak payah p klass ikut aku p beli barang ngan buka hp pastu dia godek2 sendiri ja.
Latest dia tengah kumpul suma software hp tuk kitorang guna nanti tak yah dah nak jenguk NG kat Klang / Ameng kat KL.

Thursday, September 24, 2009

Ramadhan Kian Jauh...Syawal menggorak langkah..

Diam tak diam ari dah Raya ke-5. Aku pun dah sampe rumah balik berhari raya d kampung isteri tahun ni.
Persiapan aku ala kat ja janji isteri ngan anak2 vouge 2 dan malam last kami berkesempatan ke Jln TAR carian terakhir persiapan raya hampir jam 4 pg baru sampe rumah.
Heppy gak raya tahun ni dalam suasana kesederhanaan dan aku rasa suma orang pun camtu jugak.
6 hari aku d kampung isteri tapi cam kampung aku ja hehehe...
Sok mula nak beraya kat keyeell plak nak ikut...????
Syukur bisnes baikpulih handphone beroperasi dengan lancar kes terkini yang suksess Blackberry Bold siap cuci dalam mesin basuh dan 2 ari nak raya boleh d guna semula syukur alhamdulillah. Sepanjang raya kali ni aku pinjam bergaya ngan BB tu hehehe....
D sini aku nak memohon ampun dan maaf kepada kalian yang mengunjunggi laman ni dan Selamat Berhari Raya...don't broke my heart yeahhh !!!!

Sunday, August 23, 2009

Ramadhan kembali lagi..

Syukur alhamdulillah tahun ni masih lagi d beri kesempatan untuk melalui penghulu segala bulan Ramadhan al-mubaraq.
Bulan yang sangat2 dirindui dan dinanti yang mana bulan iltizam dan jati diri kita sesungguhnya bertaqwa kepada yang maha esa ALLAH swt.
Persediaan menyambut kedatangan bulan ini agak sederhana tetapi penuh dengan pelbagai impian d samping memperbaiki apa yang kurang daripada bulan2 yang lain.
Malam pertama bertarawikh berjamaah d masjid Al-Husna Bdr Sunway sangat meriah berbanding solat lima waktu pada bulan sebelumnya d penuhi muslimin dan muslimah.
Sebelum memulakan solat tarawikh Imam masjid ada memberi tazkirah pembukaan dengan refresh solat tarawikh, niat puasa dan 3 cabaran bagi memenuhi minggu solat tarawikh.
Selesai solat tarawikh dan witir aku sekeluarga memang ada plan nak ke Mahbub, Bangsar bertemu rakan2 yang lain tuk bersahur bersama.
Hari pertama berpuasa kedua - dua anaku memulakan ibadah dengan penuh dugaan. Terutama c Zikry klu tahun lepas dia berjaya berpuasa selama sebulan dan pada tahun ini dia juga berniat tuk berpuasa penuh. Berbanding c Damia tahun ini merupakan percubaan penuh berpuasa tetapi apakan daya hajatnya hanya sehingga jam 2 ptg sahaja.
Dari bilik aku membuat kerja baikpulih handphone kedengaran seseorang membuka almari dan bunyi penyekan plastik yang sedang d renyuk2.
Ah..!! "Sapa tu" ???
Diam tiada sahutan.
Lagi soalan yang sama d ajukan tetapi dengan panggilan nama Zikry ka Damia tu..???
Lama membisu ..."bukan adik" kata Zikry d ruang tamu.
Damia masih membisu dan tiba - tiba kedengaran tangisan halus sambil berkata "adik lapar tapi nak puasa"...
Emm..takpa la dik nak buat cane kang tak makan ko pensan sapa plak pusing.
Lantas tanpa d suruh2 laju dia membuka kudapan dalam plastik dan makan dalam bilik bagi mengurangkan tekanan kepada c Zikry sambil meminta d buatkan susu hadui....
Kebetulan hari yang suram dari pagi sudah tentu menyelerakan mata tuk d lelapkan bagi mengawal nafsu makan hari pertama d bulan Ramadhan.
Alhamdulillah kami bertiga berjaya melalui hari pertama berpuasa dan kami berbuka bersama dengan ahli keluarga yang lain d rumah Puchong.
Tetapi satu yang aku prasan hari pertama berpuasa ni emosi marah aku seperti tidak boleh d bendung. Tak kira walaupun hal2 yang kecil marah ku meluap - luap astafirullahazim...subhanallah...
Ya ALLAH ! Sesungguhnya aku bersyukur dengan segala nikmat yang d beri, memanjangkan umurku dan seluruh ahli keluarga dan seluruh umat Islam melalui hari2 yang mendatang d bulan Ramadhan tahun ini.
Dengan penuh tawaduq dan zuhud kepadamu ya ALLAH, ya Rahman, ya Rahim.
D kesempatan yang masih ada ya ALLAH aku bermohon agar segala dosa2ku yang lalu d ampunkan dan begitu juga kepada seluruh ahli keluargaku, rakan taulan dan juga umat Islam yang lain.
D kesempatan bulan Ramadhan ini juga ya ALLAH aku bermohon agar kami suma d lipah ruahkan rezeki yang halal d samping meringgankan beban yang sedang d lalui ya ALLAH.
ALLAH ya ALLAH ya Rabballamin.
Amin.

Monday, August 10, 2009

Demam HP

Uih..!!! dah lama rupanya aku tak updatekan citer - citir semasa ??

Kesibukan semasa ngan kerja harian, urusan keluarga, kuliah dan yang terkini repair handphone.

Suma d atas mempunyai mood yang berbeza cane..???

Tapi aku suka kerana dia bessstttt..hahaha..

Payah gak nak merojakan suma ???

Korang klu campur adukan suma urusan ni mesti idup suksess wakakaka..!!!

Selalunya kerja memomen aku buat lewat malam sebabnya itu ja masa terluang yang aku da..

Korban banyak la waktu tido geng GBS..!!!

Nak check perkembangan c Vasugi pun tak sompek, tapi semalam korang jangan chong la CFC menang ngan ManU. Pembalasan c pitung telah berlalu yeah..!!!

Syukur allhamdulillah rejeki yang berikan ALLAH tuk kerja memomen hp tu ada ja. Cumanya para pelangan sekalian banyak2 bersabar aku memang tak sempat klu kena job adhoc pastu major problem yang melibatkan gantian part2.

Rega paling special kompom tak jumpa kat tempat lain klu nak delivery pun ble bagi tau ja aku p merempit jap...

Jadi kepada sesapa yang ada hp lama / baru yang elok / rosak nak let go / repair bagi tau. Insyallah klu sesama agree kira deal bran..???

Insyallah klu kelapangan aku akan update bacis penjagaan hp sesuai ngan moto D.I.Y.

Trutt..trutt..trutt..hp 8250 berbunyi chow sin chi......

Tuesday, July 21, 2009

Mana2 Pomen

Dah dekat 2 minggu aku buat keja part time pomen memomen handphone.
Mula2 payah gak takut rosak orang punya hp jadi aku mula ngan sendiri punya leraikan dan pasang semula dan kembali berfungsi yeah..!!!
Aku ada masa sebelah malam ja buat beger2 ni sebabnya sebelah siang aku masih bekerja tetap. Habis ja urusan rumah baru aku mula operasi hp pelangan jeng..jeng..
Selalunya operasi mula jam 11 - 2 pagi baru aku tido itu pun klu prasan masa dah time hehehe..
Kekadang aku kena gak p kedai Bro Azman kat Kinrara dek kerna tools tak berapa lengkap lagi tuk semua kerja tangan yea...
Tapi aku seronok buat kerja baik pulih hp ni walaupun kekadang perlu bekorban masa, idea, tenaga dan modal sendiri.
Bila dah cebur bidang ni baru tau bagaimana dan kenapa perniagaan ini d monopoli oleh bangsa lain....
Korang jangan risau klu buat ngan aku charge tak sama cam kat luar cumanya kekadang memerlukan lebih masa bergantung kepada kerosakan dan memperolehi stok alat ganti.
Customer terawal aku kat K.Nor, Khairul, Azhar. Geng Mahbub Zul Sepet, Ila dan Kacang. Kat kampung plak Arin yang dah mula cari pelangan tuk aku hehehe tima kasih suma...Mmuuaahhh !!!
Aim aku skang nak daftar syarikat korang ada idea nak buh nama ka..????

Oh yea !! hampir terlupa aku nak bagi tau yang minggu ni 25hb kat hotel Sunway akan berlangsungnya penyerahan royalti ALPHA LIPID.
Salah seorang yang akan naik ke pentas tuk PBB adalah up line kitorang Pn Za yang henti2 memberi idea dan tunjuk cara yang berkesan dalam mempromosikan produk ALPHA LIPID.
Cayok..cayok..

Thursday, July 16, 2009

Bumi Hilang Seni

Last week aku ngan family n the mahbobs p berkelah kat Pongsun Bt bpa tah Hulu Langat. Dah lama aku n family tak p mandi manda sejuk2kan badan. Maklum je la skang cuaca panas hujan yang turun sangat2 d harapkan.

Kebetulan skang musim buah kat sana segar dari ladang yea..

Sesampai ja ke lokasi fuhh..!!! amat menerujakan sebabnya ckit ari lagi akan ada ala2 theme park d tengah rimba d Hulu Langat.

Jangan tak caya benda ni mereka bina setelah kawasan hutan d bersihkan dan sumber air sungai yang sejuk tu depa by pass tuk mengalirkan air d kolam2 buatan siap ada waterfall.

Hebat memang hebat tapi kenapa perlu merosak dan menghilangkan kesenian sebenar..???

Perlu ka ada pembentukan sebegini jika hasil bukan tuk kebaikan bersama..???

Aku bukan la anti kepada pembangunan tetapi jika sungai yang dulunya kedalamanya boleh buat terjun tiruk, skang hanya bole terjun teruk...

Mampukah kita mewujudkan kembali Kesenian bumi jika perubahan itu hanya menguntungkan seseorang sahaja..???

Sapa yang tak menyingkap jika keindahan asal kini tercemar..??

Lihat sekeliling dan kejadian seharian cuaca panas, jerebu, tanah runtuh dan banyak lagi hasil kerja manusia yang tidak pernah rasa puas dengan apa yang ada...

Cukup la dengan pembangunan yang terlalu pesat d kawasan sekitar bandar seperti Mertofuluss...