Sunday, October 2, 2011

Kini Kembali...

As-salam pembuka kata...

Sekian lamanye tidak mengemaskini corak corek d Pumasembilang hehe..
Masa agak terbatas..yea ! dengan rutin harian d pejabat, kedai dan d rumah.
Terlalu sukar untuk d bahagikan sama rata berbanding dahulu..
Banyak yg ingin d adaptasikan tetapi permulaaan ini biarlah sekadar sinopsis halaman luar ngeee..
Dulu gua fokus hanya d pejabat dan sambilan repair handphone d rumah, tapi kini gua dan Arin dah pun buka kedai Hp d USJ 1 yg mana beroperasi setiap Isnin - Khamis, Sabtu dan Ahad setiap ptg selepas waktu pejabat hingga ke lewat malam.
Penat ?? Bukan memang tapi sangat2 da masanya.."bukan senang mau senang da "
Alhamdulillah perniagaan kedai menampakan ++ dan cabaran tentu ada dalam perniagaan.
D rumah masa gua semakin singkat dan adakala berbalah/bermasam muka wife gua nak merebut masa yg agak terbatas.
Bukan senang nak beli jiwa dan semestinya ngan wang ringgit..
Dalam kehidupan ada dugaan dan gua bersama wife redha ketentuan illahi.. Kami anggap Allah ingin menguji keimanan dan taqwa padanye.
Puteri kami yang bongsu Nur Dahiyah Khadijah (NDK) d sahkan menggidap kanser mata (retinoblastoma, 13Qdelision) iaitu kekurangan kromosom pada sel darah/genetik yg ke 13.
Fuhh..masa mula tau time tu buat rawatan kat Sime Darby Medical Centre dulu SJMC rasa nak gugur jantung Allah !!! Kelu kami bila mendengarnye...Masyallah
Saranan Doktor sana tuk buang/keluarkan kedua belah mata.. Ha ! trus nak buang..Allahuakhbar
Kami bincang dulu sebab ni melibatkan masa depan NDK...
Setelah berbincang kami minta d rujuk ke HKL.
Allhamdulillah suma dengan izin Allah lancar walaupun dengan berbagai cabaran NDK selesai menjalani rawatan 6 x kimmo yg d rancang oleh Doktor pakar kanser HKL.
Terima kasih kami dan syukur pada Allah, ahli keluarga, sahabat handai dan individu2 budiman yang membantu, mendoakan meringankan beban kami Subhanallah.
Semoga Allah membalas kebaikan kalian pada kami. Insyallah

Thursday, February 24, 2011

Saman

Semalam aku dpt satu saman...
Ni saman salah apa plak te tak...!!
Musim cuti sekolah dah dekat saman apa lagi yg korang rasa akan datang...???
Hahaha..akhirnya kwn baek aku masa kerja kat MNSB PJ enche Johari@Joe Labu akan melangsungkan perkahwinan setelah sekian lama adjust marka sana cni...
Iya leh ikam kadak tahu bergawik aja leh kadak mau berbini leh..???
Alhamdulillah semoga jodoh kalian berpanjangan ke akhir hayat.

Kat paper ari ni pun citer pasal saman...
Pergh..! tak ingat punya rega kompoun klu korang rasa cukup hebat meme duit banyak berlebih coba la...
Baguih gak !! Masa skang setiap kederaan yg d pandu macam tengah bt ujian masa..giler cilok sana cni kekadang belaga cermin sisi...hish !! mula la aku rasa nak tangan depa ni...
Mana taknya depa sedap lari kuat2 ngan wajah macho kebangganggan dan sudahnyaa melekat d bahu jalan / buntut kenderaan lain...
Dah pergerakan kenderaan jadi perlahan / tak gerak langsung hampehh...

"Pandu Patuh Perhatian" nescaya anda tidak kehilanggan apa yg ada sayang...

Wednesday, February 16, 2011

Harga Patut ka ???

Ntah le....????
Kekadang aku sbg peniaga rasa tak senilai harga yg kami tawarkan kpd pelanggan...
Selalunya pelanggan menawar harga yg tak senilai ngan barang yg kami bekalkan...
Bukan nak menekan dan bukan juga nak kira harga patut ja...
Seringkali pelanggan lupa dan hanya kira kepentingan diri sendiri sahaja...
Aku cuba ngak tp perasaan dan fikiran sebagai insan pasti akan terdetik perkiraan sewajarnya kami perolehi....
Takpa2...tp sampe bila...?????
Mungkin ini permulaan kpd kejayaan kami dalam bidang perniagaan...mudah2an ALLAH memberkati dgn apa yg kami lakukan.

Wednesday, February 2, 2011

Kalau Aku Profesional

Apa tu Pro ???
Ntah..!!! Tp yg pasti mereka ni tergolong dalam kelompok2 yg d kehendaki dan d kenali.
Baru2 ni ada la sesaja belek2 beg sekolah anak saja nak tau apa yg depa dah buat tuk tahun 2011.
Dalam dok belek2 salah satu buku latihan anak aku terpandang tugasan yg d buat oleh anak iaitu "biodata diri"..
Cam biasa biodata ni mesti ada nama, tarikh lahir, tpt lahir, alamat rmh, hobi dan cita2.
Kat part hobi ngan ngan cita2 ni ble anak aku letak bolasepak dan doktor.
Klu dulu biasa ja bolasepak dan doktor..tp skang dua2 ni dah jd satu profesion/kerjaya yg hebat.
Hebat tang mana...???
Dah tentu kat RM dan famous tu....
Aku pun dolu2 ada gak cita2 nak jd pemain bolasepak tp arghh....
Baru2 ni aku terbaca kat paper pendapatan yg d perolehi oleh Datuk LCW tuk bln Jan 2011 shj RM450K...perghh... sebulan tu...
So klu ada anak2 yg cenderong ke arah tu berikan galakan dan latihan agar kesenangan dan kepuasan milik mereka....renung2kan jgn lupa beramal

Tuesday, January 11, 2011

2011

Memori 2010

- Malaysia juara piala Suzuki bukan Moto GP dapat cuti 1 hari cantik..
- Malaysia berjaya melebihi sasaran punggutan pingat di sukan Komanwell..
- Aku di kurniakan seorang lagi cahaya mata perempuan Alhamdulillah..

Sekejap ja masa berlalu dan terlalu banyak memori suka duka sepanjang 2010...jgn di biar apa yang tak tercapai berlalu....

Impian 2011

- Memiliki sebuah rumah impian tuk kami sekeluarga berteduh
- Menjelaskan apa yang tertunggak
- Mendaki Gunung Kinabalu sehingga ke puncak
- Meningkatkan hasil jualan MeR
- Menambah ilmu dunia dan akhirat
- Merealisasikan impian isteri, anak2 dan diri sendiri
- Memiliki sebuah CBR900 yang eksoz kat bawah pelana tu....vvrrrroooooommmmm
- Mengharmonikan lagi kehidupan kami sekeluarga

Uish..!!! banyak benda yang di impikan dan semoga di perkenankan dan di permudahkan oleh Allah.