Diam tak diam dah hampir sebulan aku dan Arin mulakan operasi kedai alat telekomunikasi My Easy Resources ( MeR ).
Syukur alhamdulillah kehadiran kedai kami d sedari penduduk d Pangsapuri Angsana, Persiaran Subang Mewah USJ 1.
Buat masa ni kami beroperasi setiap Isnin - Khamis ( 6ptg - 11mlm ), Sabtu - Ahad ( 3ptg - 11mlm ) dan Jumaat tutup.
Kedai kami menyediakan perkhidmatan seperti aksesori hp, jual beli hp terpakai/baru, servis dan baik pulih hp, mengemaskini perisian hp, tambah nilai, dan khidmat pelanggan infomasi hp.
Kedai kami tak besar sebab dah d bahagi 2 jadi bayar sewa takda la byk sangat... Set up dan susun atur kedai aku ngan Arin yg buat.
Kebanyakan pelanggan kami terdiri dari kalangan warga Indon, Bangla, Myanmar dan warga tempatan Sabah dan Kelantan.
Kami buka kedai dengan hanya berbekal sedikit modal kerana kami merasakan sudah tiba masanya memiliki kedai sendiri. Dan yang lebih meyakinkan Arin bersedia dan bersungguh untuk membuka kedai setelah beberapa kali kami berbincang bagi persediaan untuk membuka kedai.
Cuma d sini kami akan kekurangan masa bersama keluarga kerana kami masih bekerja dan balik dari kerja pejabat terus ke kedai. Kesian gak kat isteri dan anak2 apabila masa luang bersama kurang.
Insyallah apabila suma semakin baik kami akan kembali mengutamakan keluarga.
Thursday, November 11, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
cayok...cayok...
ReplyDelete