Saturday, May 16, 2009

Hari Guru

Pergh..semalam anak dah bertanya apa nak bagi hadiah kat teacher tuk abg ( Zikry ) n adik ( Damia ) sempena teacher days..???

Wife tanya berapa teacher abg n adik ??? Depa jawap abg ada 4 teacher Amy, Zulin, T sorang lagi sapa ntah namanya, adik pun teacher yang sama..cane ???

Wokey la nanti next week wife kata nak order cup cake yang Kakak Ipar aku buat ( K.Yah ) sebagai hadiah bagi pada teacher depa happy pastu pening sebab minggu depan dah mula periksa sama la kes cam aku bila nak periksa..hahaha

Aku pun dok teringat bertapa berjasanya insan yang bergelar guru/cikgu/teacher/lecture apa saja la yang seangkatanya.

Tanpa depa ni maka tiadalah Raja yang bertahta, Menteri yang mentadbir, Pengurus dan setiap manusia d atas muka bumi ini.

Betapa besarnya pengorbanan mereka ni demi melahirkan anak bangsa yang berpengetahuan untuk menjadi modal insan yang berguna dan bernilai.

Tetapi kekadang cara mendidik mereka d salah ertikan apabila teguran / tindakan yang d buat mendapat tentangan segelintir masyarakat yang terserlah kebagangan mereka.

Walhal kegagalan / permasalahan yang timbul adalah d sebabkan mereka sendiri yang mendidik anak2 mereka d rumah...hampehh

Sewaktu belajar d Sekolah Rendah Jalan 10 PJ ( Road 10 ), aku masih ingat lagi beberapa guru yang pernah mengajar aku d sana. Terima kasih tak terhingga d ucapkan kepada Ustaz Zaharul Lai, Mr Donald, Mr Gana, Mr Lim, Mrs Wong, En Zakaria dan lain2 wajah masih segar d ingatan cuma namanya tidak pasti..hehehe

Kemudian apabila melangkah ke Sekolah Menengah Puchong BT 14 d sini terlalu banyak ilmu yang aku pelajari dan mengenal erti kehidupan. Terima kasih juga pada kalian Guru2 Sek Men Puchong Bt 14 hanya Tuhan yang mampu membalas jasa kalian terutama En Zaid, En Zaman, En Zamri, Ustazah Shamsiah, Mr Lim, Pn Roslina, Pn Ratna emm ramai le lagi cuma namanya tak pasti...banyak termakan semut..huhuhu

Habis tingkatan 5 aku trus kerja sebagai Peon tahun 1995 dapat kerja Kelasi Dek kat Petronas kena hantar belajar kat Akademi Laut Malaysia ( ALAM ) kat Kuala Sungai Baru, Melaka. Kat sini tenaga pengajar yang masih dalam ingatan aku allahyarham En Tony Kasim bekas pelakon dolu2. Berkat didikan ilmu mereka ni merata negara aku dah p...wahhh

Skang aku keja kat darat kembali n part time MLM ALPHA LIPID baru ja habis Diploma kat GMTT/UiTM dok tunggu result kuar ka tak sok..??? Level ni memang hebat2 belaka tenaga pengajarnya ada yang tittle Prof yang mengajar aku tu. Ucapan tak terhingga terima kasih kepada En Rahim, En Ali, En Zambri, En Khirzan, En Kamil, Mej Mohd Anuar, Pn Normala, Prof Dr Norzana, Cik Zuhaina dan Dr Lennora u all the best at GMTT sihh...kasi up point yeehaa

Kepada ahli kuarga dan rakan taulan Pn Juriah ( K.Long ), Lect En Adreen, Teacher K.Syanaz dan seluruh tenaga pengajar tidak kira walau d mana anda berada
"SELAMAT HARI GURU".

4 comments:

  1. macam tau tau jer...ada ucapan untuk saya.hak2x.terimas

    ReplyDelete
  2. Pandai jugak lu conteng2 kan, Lim...
    ;p

    ReplyDelete
  3. 2Adreen;Profesion seperti kalian sungguh mulia woah..

    ReplyDelete
  4. 2s.yanaz; mana da ni suma memori2 ja yg semakin pupus dari ingatan..hahaha

    ReplyDelete