Tuesday, May 19, 2009

Sombong

Apa yang korang faham dengan S.O.M.B.O.N.G ???

Last week friday pray cam biasa aku p la salah sebuah masjid kat seksyen 18 Shah Alam.

Kebiasanya kat masjid ni sebelum masuk waktu solat Jumaat memang ada tazkirah bagi mengisi masa yang terluang sebelum masuknya waktu solat Jumaat. Bole d katakan setiap minggu isu berlainan tidak kira semasa atau lepas tetapi usulnya satu supaya mengingatkan manusia mendekatkan diri kepada ALLAH dan meninggalkan segala laranganya.

Kebetulan juga ustaz yang menyampai tazkirah tu familiar bagi aku sebabnya setiap kali jadual kelas agama d pejabat sudah pasti beliau akan d undang, tetapi malangnya aku kelupaan namanya.

Dalam banyak part yang d sentuh sepekara yang menarik hati penjelasan behubung sombong. Kata beliau kita ni tuan2 nak masuk dalam kategori sombong sangat mudah, bagaimana ??
Dengan hanya dengan sengaja / tidak, bersebab / tidak meninggalkan solat Jumaat penghulu segala hari walaupun skali, maka tergolonglah d kalangan orang2 yang sombong d sisi ALLAH.

Sebab apa ingkar suruhanya lalai, tak takut kepada akhirat, sibuk urusan kerja dan maaf ayat yang pernah aku dengar"Tuhan nampak tp tak kecoh". Sehingga begitu skali kita sebagai manusia khalifah d atas muka bumi ALLAH.

Aku sekadar mengingatkan diri sendiri dan sesama makhluk ALLAH agar memperbaiki kelemahan serta kekurangan diri, bermuhasabah diri, mempertingkatkan amalan diri agar terhindar daripada kalangan golongang mereka yang sombong...

Bersama la kita renung - renungkan.

No comments:

Post a Comment