Sunday, August 23, 2009

Ramadhan kembali lagi..

Syukur alhamdulillah tahun ni masih lagi d beri kesempatan untuk melalui penghulu segala bulan Ramadhan al-mubaraq.
Bulan yang sangat2 dirindui dan dinanti yang mana bulan iltizam dan jati diri kita sesungguhnya bertaqwa kepada yang maha esa ALLAH swt.
Persediaan menyambut kedatangan bulan ini agak sederhana tetapi penuh dengan pelbagai impian d samping memperbaiki apa yang kurang daripada bulan2 yang lain.
Malam pertama bertarawikh berjamaah d masjid Al-Husna Bdr Sunway sangat meriah berbanding solat lima waktu pada bulan sebelumnya d penuhi muslimin dan muslimah.
Sebelum memulakan solat tarawikh Imam masjid ada memberi tazkirah pembukaan dengan refresh solat tarawikh, niat puasa dan 3 cabaran bagi memenuhi minggu solat tarawikh.
Selesai solat tarawikh dan witir aku sekeluarga memang ada plan nak ke Mahbub, Bangsar bertemu rakan2 yang lain tuk bersahur bersama.
Hari pertama berpuasa kedua - dua anaku memulakan ibadah dengan penuh dugaan. Terutama c Zikry klu tahun lepas dia berjaya berpuasa selama sebulan dan pada tahun ini dia juga berniat tuk berpuasa penuh. Berbanding c Damia tahun ini merupakan percubaan penuh berpuasa tetapi apakan daya hajatnya hanya sehingga jam 2 ptg sahaja.
Dari bilik aku membuat kerja baikpulih handphone kedengaran seseorang membuka almari dan bunyi penyekan plastik yang sedang d renyuk2.
Ah..!! "Sapa tu" ???
Diam tiada sahutan.
Lagi soalan yang sama d ajukan tetapi dengan panggilan nama Zikry ka Damia tu..???
Lama membisu ..."bukan adik" kata Zikry d ruang tamu.
Damia masih membisu dan tiba - tiba kedengaran tangisan halus sambil berkata "adik lapar tapi nak puasa"...
Emm..takpa la dik nak buat cane kang tak makan ko pensan sapa plak pusing.
Lantas tanpa d suruh2 laju dia membuka kudapan dalam plastik dan makan dalam bilik bagi mengurangkan tekanan kepada c Zikry sambil meminta d buatkan susu hadui....
Kebetulan hari yang suram dari pagi sudah tentu menyelerakan mata tuk d lelapkan bagi mengawal nafsu makan hari pertama d bulan Ramadhan.
Alhamdulillah kami bertiga berjaya melalui hari pertama berpuasa dan kami berbuka bersama dengan ahli keluarga yang lain d rumah Puchong.
Tetapi satu yang aku prasan hari pertama berpuasa ni emosi marah aku seperti tidak boleh d bendung. Tak kira walaupun hal2 yang kecil marah ku meluap - luap astafirullahazim...subhanallah...
Ya ALLAH ! Sesungguhnya aku bersyukur dengan segala nikmat yang d beri, memanjangkan umurku dan seluruh ahli keluarga dan seluruh umat Islam melalui hari2 yang mendatang d bulan Ramadhan tahun ini.
Dengan penuh tawaduq dan zuhud kepadamu ya ALLAH, ya Rahman, ya Rahim.
D kesempatan yang masih ada ya ALLAH aku bermohon agar segala dosa2ku yang lalu d ampunkan dan begitu juga kepada seluruh ahli keluargaku, rakan taulan dan juga umat Islam yang lain.
D kesempatan bulan Ramadhan ini juga ya ALLAH aku bermohon agar kami suma d lipah ruahkan rezeki yang halal d samping meringgankan beban yang sedang d lalui ya ALLAH.
ALLAH ya ALLAH ya Rabballamin.
Amin.

Monday, August 10, 2009

Demam HP

Uih..!!! dah lama rupanya aku tak updatekan citer - citir semasa ??

Kesibukan semasa ngan kerja harian, urusan keluarga, kuliah dan yang terkini repair handphone.

Suma d atas mempunyai mood yang berbeza cane..???

Tapi aku suka kerana dia bessstttt..hahaha..

Payah gak nak merojakan suma ???

Korang klu campur adukan suma urusan ni mesti idup suksess wakakaka..!!!

Selalunya kerja memomen aku buat lewat malam sebabnya itu ja masa terluang yang aku da..

Korban banyak la waktu tido geng GBS..!!!

Nak check perkembangan c Vasugi pun tak sompek, tapi semalam korang jangan chong la CFC menang ngan ManU. Pembalasan c pitung telah berlalu yeah..!!!

Syukur allhamdulillah rejeki yang berikan ALLAH tuk kerja memomen hp tu ada ja. Cumanya para pelangan sekalian banyak2 bersabar aku memang tak sempat klu kena job adhoc pastu major problem yang melibatkan gantian part2.

Rega paling special kompom tak jumpa kat tempat lain klu nak delivery pun ble bagi tau ja aku p merempit jap...

Jadi kepada sesapa yang ada hp lama / baru yang elok / rosak nak let go / repair bagi tau. Insyallah klu sesama agree kira deal bran..???

Insyallah klu kelapangan aku akan update bacis penjagaan hp sesuai ngan moto D.I.Y.

Trutt..trutt..trutt..hp 8250 berbunyi chow sin chi......