Monday, March 30, 2009

iPhone

H/Phone iPhone

Mushi..mushi..anone phone ikiko..???









Barang ni oringin dari Japan kebetulan ada sorang anak buah aku tengah dok blajaq kat sana.

Baru - baru ni ada la dia balik Malaysia cuti sebulan banyak le produk dari sana dan yang tengah hot antaranya phone ni la.

Best gak phone ni nipis, skrin sesentuh, sound best dan yang paling best tahap simpanan 16G pergh..berskrin - skrin plak tu..mantop

Klu ada sesapa berkenan rega dalam RM2500 nego..termasuk kos penghantaran dari Jopun. P la usha dulu phone klu tak jumpa lalu Federal Highway sebelum jumpa Naza world bukan mein besar lagi iklan dia...


Arigato..ajinomoto..haik

Masalah Lipas & spark A jimat minyak

Kali ni D.I.Y ada dua produk tuk dikongsi bersama keberkesanannya.
1.) Produk Pembunuh Lipas
Macam - macam cara aku buat nak kasi hilang / matikan lipas terutamanya kat dalam keta wira gua.

Pekara camni mesti ada yang pernah alami / lalui.
Faham - faham ja la bila bekereta ngan ada anak - anak asal singah mana - mana mesti nak beli kudap - kudap. Mana boleh larang pasalnya aku pun sama join blasah kudap - kudap depa ni..hehehe

Mula - mula dulu tu bila malam ada nampak kelibat lipas berpesta soknya aku bersihkan suma area kat dalam keta bawah tempat duduk, karpet, bonet suma la tempat yang berkenaan buang telur - telur lipas yang bersepah kat situ siap spray lagi guna bygon..

Wokey buat sementara waktu ja tak lama lepas tu lipas ni bawa lagi rame geng, klu dulu takat level prebet ja la ni dia mai level sarjen ke atas.
Rileks ja lipas ni merenda time - time aku mandu argh...
Takpa ko tunggu la sok pagi...jeng..jeng..

Ari cerah ja kebetulan hujung minggu yg gelap (mendung) aku buka lagi area cam dulu fuhh...kali lagi hebat macam - macam ada bukan telur ja siap %$#@*&^%)*&?! grrr...

Hangin tapi tak sehangin kena getah kat Shell trus blasah ngan Ridsect plak kat setengah tin aku tekan hahaha...aah mati ko lipas biar sape generasi ke - 7 skali pun.

Selesai ja projek spray lipas jiran aku Bro Z yang kebetulan nak kuar tanya ko spray lipas guna Ridsect kat dalam keta ??? Siap la ko jap klu nak kuar on ja aircond bau Ridsect la, ilang la bau - bauan air freshner yang ada.

Tanpa disuruh - suruh dia pun bagi tau tip - tip tuk nak hindarkan lipas ni ngan siap tunjuk lagi wei..

Produk ni ada jual kat pasaraya rega pun tak mahal tak sape pun RM6 sekotak. Jenama lain pun ada korang usha la sendiri dan klu dah payah bangat ko panggil ja servis ridpest tu...hehehe

Dekat seminggu jugak la keta aku bau Ridsect mengantikan pewangi pandan/bunga - bungaan phening gak la, tapi dalam masa yang aku letak/lekat produk ni kat bawah seat, bonnet ngan area dashbord.

La ni dah okey sebabnya dengan benda ni klu sekor lipas try rasa pastu mati pastu geng dia blasah dia pun akan k.o huah..huah..hahaha
Nak kata berkesan tu so far wokey ni nengok lokasi ngan keadaan dalam keta gak. Sebabnya habitat lipas suka pada makanan dan nyaman cane..??


2.) Produk Peningkatan Api ( Spark ) yang Menjimatkan Minyak

Benda ni plak anak buah aku yang rekomenkan c Afdalh yang memang minat ngan peralatan penjagaan motosikal yang mana mesti boleh menggurangkan guna minyak tapi power kat prestasi kenderaan.

Dia pun bagi test power benda alah ni pasang sendiri bro..takpa berkat ngan kesenian pomen no 6 tak idup jahanam yang aku ada, aku pasang set ni sendiri dengan cara aku bukan dia...hahaha

Skang dah dekat 2 bulan melekat kat cable plug cubcai 100LC aku tu perah sesedap rasa ja..minyak RM5 boleh la klu nak gasak tu 3 ari setenggah sape mat bagla kat Petronas tu lambai aku ngan bendera baru ku singgah. Klu dulunya 1 ari setenggah ke 2 ari mesti kena tuang tak klu aku lambai mamat lain yang lalu tuk tunda ke petrol pump.

Rega tak mahal lebih kurang RM30 ja siap add cable tuk keta lagi sebabnya asalnya benda ni tuk kegunaan keta.

Nak order bleh takda hal special delivery lagi...tapi klu nak siap pasang rega lain bro..???

Pastu klu nak set bapa kilo saja nak test produk ni kat mana - mana kompang kuat sikit rindu plak nak p nengok aksi - aksi dugong tu..











Takpa - takpa taknak order tak jadi hal la...sebabnya ni tip - tip tuk korang praktikan D.I.Y.

Korang klik blog n luangkan masa baca pun aku bersyukur dan berterima kasih.

Klu ada apa - apa masalah ngan kenderaan anda bagi tau la nak kasi bunyi kuat sape takda bunyi pun buleh...



Adios.


Saturday, March 28, 2009

Part time Tentera

Pengambilan Rekrut TLDM
"Inilah barisan kita yang ikhlas berjuang, Siap sedia berkorban untuk ibu pertiwi"..tu la sedikit bait - bait baris lagu yang membakar semangat sebagai soldier.
Wokey..suma
TLDM sedang menlancarkan pengambilan rekrut baru sebagai tentera simpanan / part time TLDM.
Berita ni pun gua lewat dapat dari seorang sahabat melalui sms mengenainya maaf kepada yang tak berkesempatan.
Bila, kat mana, macam mana dan apa yang perlu ada..???
Tarikh: 28 & 29 Mar 2009
Masa: 8pg - 2ptg
Lokasi: Kem TLDM Pulau Indah Perlabuhan Klang, Selangor
Umur: 18 tahun keatas
Pakaian: Berpakaian kemas bersama pakaian sukan
*sila bawa sijil / dokumen sokongan sekurang - kurangnya SPM
Pertanyaan: Boleh berhubung dengan En Farid di talian h/p:
012-6304871
Kepada mereka yang berjaya terpilih, latihan hanya akan diadakan pada hari sabtu dan elaun juga akan diberi.
Tips: Klu dah minat / nak rasa cane jadi askar p la wei...bila lagi nak berkhidmat tuk negara dan jangan lupa ajak kengkawan biar meriah cam nak p raya.
Selamat berjaya ...Gempur

Tuesday, March 24, 2009

Penipuan Promosi SHELL

Argh....!!! hangin btol aku ari ni...



Bukan niat aku nak buruk - burukan nama stesen minyak yang dah sinonim kat Malaysia ni, tapi klu dah bole lena dok pikiaq ja cane..???

Wokey citer dia cam ni, tengah ari tadi waktu lunch member opis aku kuar p makan kat luar. So kebetulan depa ni memang ada nak singgah isi minyak kat stesen ni.
Nama stesen: Stesen Minyak Klang Banting
Lokasi stesen: Jln relau kat bulatan seksyen 16 Shah Alam lepas opis UMW sebelum sape masjid.
Tarikh kejadian : 23 Mar 2009
Masa kejadian : 4.40pm - 5.00pm

Aku pun pesan le kirim belikan kereta replika Ferrari yang tengah dok promosi la ni, yang mana klu isi RM40 ke atas boleh beli keta replika Ferrari pada rega RM8.90. Keta ni pun memang dah lama anak aku yang hero mengidam dok ari - ari mintak bila lalu depan stesen minyak jenama ni. (Aku ngan anak memang kumpul keta.) Dah tu warna yang anak aku berkenan plak warna kuning, em..takpa la aku bagi duit siap - siap kat member aku tu.

Balik ja depa dari lunch dapat la aku kereta yang anak aku idamkan. Tapi aku pelik kenapa pada kotak tu takda gambar konsul (set pergerakan auto tu) kat bawah keta. Tak puas ati punya pasal aku pun buka kotak kuarkan keta tu..jeng..jeng..sah meme takda kosul yang aku cari.Bila nengok camtu aku pun ingat nak p tukaq lein, so aku mintak resit isi minyak tertera skali ngan bukti pembelian keta tu.

Balik keja aku pun trus singgah kat stesen yang member aku p seperti tertera pasa resit. Kebetulan kaunter sibuk ngan org yang nak bayar tuk isi minyak aku rileks. Sementara nak tgu lenggang aku pun usha kat area display keta yang siap ngan trek tu, suma model keta promosi ada termasuk yang aku punya. Usha lagi kaunter masih busy, belah kiri aku pintu opis stesen tetiba ada perempuan lengkap beruniform yang cam gaya ala - ala penyelia stesen gitu.

Tanpa berlengah lagi aku pun bertanya pada perempuan tersebut berkenaan kereta yang aku beli kenapa takda konsul dan nak buat pertukaran secara org beriman dan sopan punya gaya.

Haaa..korang rasa apa jawapan yang aku dapat ?? "dia kata tak boleh nak tukaq sebab dah masukan kod, pastu dah bagi tau kat suma pembeli keta tu memang takda konsul dan terdapat 2 keta yang takda konsul pada suma model yang di display" salah satunya warna kuning dan yang lagi satu korang usha sendiri erk..!!

Wah..ni kira promosi skali ngan stok lama la aku tanya ??
Dah tu tak bole tukaq la ni..??
Selamba je dia kata memang tak boleh dan nak buat apa - apa, menyirap aku dalam keadaan cuaca yang agak panas ngan jawapan tu.

Apa la kak next time klu nak buat promosi jangan chong orang, iklan melatop - malatop pastu display skali ngan stok lama nak kasi clear stor la tu ngan harga yang sama..chit

Patut ka camtu..???

Rule no 1 : "never say no" to customer at least kata la nanti saya usha cane ka / keta lain suma masuk workshop ka..hampeh btol takda seni khidmat pelangan "customer always right la"

Rule no 2 : Watch out with each promosi tak suma iklan sama ngan apa yang kita lihat

Dah la tu apa ja peraduan ka promosi kat stesen jenama ni aku ikut, tak pernah satu pun aku dapat jadi kemenang tu satu hal aku masih lagi tuang minyak kat stesen jenama ni.

Ni cane bukan kira kena kencing ka..siut, suey ??

















Moral of story kat aku next time pastikan apa yang dipromosikan mestilah sebenar benar - benarnya melainkan semuanya kebenaran belaka.

Kat tauke stesen please teach ur staff how to handle customer with nice way conversation.

To product owner please carefull with the thing u all try to promote don't ever use new item to clear old thing.

At the end sape rumah aku pun bagi la keta Ferrari kuning yang manual kat anak aku, trus dapat soalan cepumas mana konsul cam kat tv tu Pa..???

Sunday, March 22, 2009

NEW MOVIE

FAST & FURIOUS - 4

WATCH OUT !!!

TO ALL WHO LOVE THIS ACTION MOVIE PLEASE ALERT THIS COMING 1st APRIL BE THERE AT CINEMA & BE THE FIRST WATCH THIS SHOW.

FAST UR SEAT BELT..DUDE

Sunday, March 15, 2009

Gua, artis dan bola...

Wah..! ganteng2 sume.

Actualy foto ni amik masa tahun lepas, futsal anjuran PFM tuk production house, karyawan artis dan media.

Lokasi bermain kat Sport Planet Subang berdepan kedai makan tu.

Gua dapat la jemputan bermain mewakili pasukan Chealsea wakakaka... dak aih tuk pasukan PPFM sendiri.

Pemain ganteng dibarisi:

Berdiri dari kiri: Joker, Gua, Director Pensil dan Staf GB

Duduk dari kiri: Staf GB, Zul (X'abg ipar #$%^&*) dan Midon

p/s: staf GB tu gua dah lupa nama cane...jgn marah ha ???

Rame juga la artis, karyawan, budayawan, gunawan, isnawan dan cuma angkasawan ja tak di jemput sebab takda ruangan mengapung diri selain bola hehehe..

End of the league kitorang sekadar tempat ke- 3 dalam peringkat kumpulan so balik le awal.

Tournament bersama artis n media sebegini bukan la pertama kali bagi gua, previous semasa berkhidmat kat Kumpulan Karangkraf banyak juga gua involve.

Salah satu termasya yang paling best dan hapening gua tak ble lupa Festival Media Idola yang berlangsung kat Pahang tahun 2006.

Fuh..!!! time tu punya la rame celebriti lama dan baru sape tak terkira ramenya yang hadir n joint da event.

Gua biasa la asal sukan yang bulat2 tu la gua main apa lagi klu bukan bolasepak.

Hari pertama sape KKFC vs team Shazan Muda, kitorang menang tau..2 - 1. Diantara player yg bermain tuk Shazan Muda Zainal Abidin, Fandi Ahmad, V.Sundramorty eh..rame la otai2 star bolasepak teruja gua seketika jumpa idola.

Sok tu sebelah pagi mein ngan TV3, KKFC kena 2 - 1 dan selebriti yang Razi Ismail x player KL.

Sebelah petang mein ngan Kebudayaan Pahang ka..?? KKFC menang 4 - 0 dan selebriti yang gua kenal Yuzi Gila2 Remaja ngan Roy Azman.

Hari ketiga mein ngan ASTRO KKFC kalah 2 - 1 habis peluang nak main final kuar kat saluran RTM dan selebriti yang ada Felix dan Yazer AF dan beberapa pemain MyTeam.

KKFC pun ada selebriti gak Shamsurin - X'striker Melaka skang coach kat sana, Usop - X'pertahanan KL, Faizal pelakon suami Nana dan sorang lagi tu Nazim Din - midfield cum asst. coach X'player KL dan Negeri 9.

Yang paling2 best skali bila malam perasmian kitorang suma d sambut oleh D.Y.M Raja Muda Pahang dan Isteri YM Cik Puan Julita. Respect la kat depa ni Tiga2 mlm diorang turun pastu ramah ngan suma kata orang down to earth.

Walla wei... memori tu suma best ada la keratan akhbar gua simpan nengok la nanti gua scan gambaq tu.

Klu nak cite sapa artis/selebriti gua jumpa tak habis kat cni tetapi apa pun gua nak ucap tima kasih kat suma rakan seperjuangan semasa FMI Rosli - defend, Basir - striker, Azmi - defend kiri, Hisham - midfield, Lan - keeper, Pak Long - pengurus, Syawal - midfield, Lizard - defend, Lan - defend/Capt, Uda - kitman tak ble main tangan patah ehh..rame la KKFC saja yg p 2 bas.

Callo betei...

Tuesday, March 10, 2009

Friendly CCMF

Shah Alam 4 Mar, Buat pertama kalinya perlawanan persahabatan bolasepak bagi musim 2009 pergh...cam liga epl la plak...

Perlawanan diadakan just nak tarik minat pemain - pemain berbakat / tidak berbakat ada minat / berbakat, minat + sembang dan apa saja la...

Gua adjust ngan team akhbar Sinar tapi last minit depa kata ada date line so pospond game ke ari sabtu. Usha member2 bola mintak kontek no dapat la adjust team belia 16 Shah Alam.

Ptg hari yang dinanti kitorang kekurangan pemain ada 7 orang sahaja pasukan lawan pun dah sape bro....Takan tuan rumah cancel game lagi ref Cinapayan pun dah usha jam. Salim sudah anam setenggah lagi mau tunggu sikit lagi ka..??? Ayooo...main je la dulu 7 sebelah tp ada offside cane...

Padang ni berhampiran penempatan Padang Jawa, jadi kekadang tu ada la orang kampung turun main petang - petang.

Nak dijadikan citer ada lagi orang brother dari padang jawa sape kitorang pun ajak le join main skali cukupkan sebelah.

Keputusan perlawanan kemenangan berpihak kepada pasukan lawan 0 - 5 dan salah satu jaringan dijaringkan oleh gua hanggin botol la...miss kick

Ni gambo sesi rehat separuh masa pertama tu c Doll tengah keutarakan strategi apa lagi nak guna...Azreen ngan keeper Zali mengiyakan ja. C Fariz plak kehausan sehingga tak terkata..

D belakang Doll tu boss yang kena getah disebabkan kekurangan pemain terpaksa main sehingga abis masa wahhh...


Apa pun kitorang enjoy walaupun kekurangan pemain yang hadir. Serik...takdalah kepada mana - mana team yang berhajat boleh hubunggi gua untuk set masa dan hari.

Terima kasih kepada Azhar - striker, Fariz - midfielder, Abdullah - midfielder, Azreen - defender, Salleh ( Boss ) - striker dan Razali - keeper kerana sudi meluangkan masa demi sukan di CCMF.

Sehingga ketemuin lagi dari bilik - bilik terkunci....