Tuesday, March 10, 2009

Friendly CCMF

Shah Alam 4 Mar, Buat pertama kalinya perlawanan persahabatan bolasepak bagi musim 2009 pergh...cam liga epl la plak...

Perlawanan diadakan just nak tarik minat pemain - pemain berbakat / tidak berbakat ada minat / berbakat, minat + sembang dan apa saja la...

Gua adjust ngan team akhbar Sinar tapi last minit depa kata ada date line so pospond game ke ari sabtu. Usha member2 bola mintak kontek no dapat la adjust team belia 16 Shah Alam.

Ptg hari yang dinanti kitorang kekurangan pemain ada 7 orang sahaja pasukan lawan pun dah sape bro....Takan tuan rumah cancel game lagi ref Cinapayan pun dah usha jam. Salim sudah anam setenggah lagi mau tunggu sikit lagi ka..??? Ayooo...main je la dulu 7 sebelah tp ada offside cane...

Padang ni berhampiran penempatan Padang Jawa, jadi kekadang tu ada la orang kampung turun main petang - petang.

Nak dijadikan citer ada lagi orang brother dari padang jawa sape kitorang pun ajak le join main skali cukupkan sebelah.

Keputusan perlawanan kemenangan berpihak kepada pasukan lawan 0 - 5 dan salah satu jaringan dijaringkan oleh gua hanggin botol la...miss kick

Ni gambo sesi rehat separuh masa pertama tu c Doll tengah keutarakan strategi apa lagi nak guna...Azreen ngan keeper Zali mengiyakan ja. C Fariz plak kehausan sehingga tak terkata..

D belakang Doll tu boss yang kena getah disebabkan kekurangan pemain terpaksa main sehingga abis masa wahhh...


Apa pun kitorang enjoy walaupun kekurangan pemain yang hadir. Serik...takdalah kepada mana - mana team yang berhajat boleh hubunggi gua untuk set masa dan hari.

Terima kasih kepada Azhar - striker, Fariz - midfielder, Abdullah - midfielder, Azreen - defender, Salleh ( Boss ) - striker dan Razali - keeper kerana sudi meluangkan masa demi sukan di CCMF.

Sehingga ketemuin lagi dari bilik - bilik terkunci....

1 comment: