Thursday, December 9, 2010

Bila Isteri "Mengamuk"

Kekadang isteri mengamuk
Dengan ombak prasangka dan lautan cemburu
Apa bukti setiamu suami?
Atau apakah kau sedang berkira-kira
hendak “mendua”, “mentiga” dan “mengempatkan”ku?
Kekadang disergahnya suami
Ketika keringat masih membasah
Baru melangkah masuk pintu rumah
Ketika itu muhasabahlah diri
Mungkin suami berdosa dengan Tuhan,
atau bersalah dengan insan
Mungkin banyak penzaliman dan penganiayaan yang telah dilakukan
Lalu datang “serangan” itu sebagai peringatan
Suami,
Hadapkanlah diri ke cermin hati
Kaji dirimu satu persatu
Kalau liar, berhentilah
Kalau berdosa, bertaubatlah.
Jangan berkira-kira hendak “berdua”
kalau yang satu itu pun tak mampu dijaga
Jangan kemampuan harta dan fizikal sahaja diperhitungkan…
Tetapi mampukah meratakan keadilan
memimpin penuh kasih sayang?
Sebaliknya jika ternyata isteri yang melulu
Nasihatkanlah dia baik-baik
Ingatlah mestika kata dalam kitab-kitab tua
suami yang bersabar dengan isteri yang jahat
akan mendapat pahala Nabi Ayyub.
Atau ingatlah pesan Umar al-Khattab
ketika didatangi seorang suami
yang dileteri isteri:
“Bersabarlah, kerana sesungguhnya isteri
telah banyak membantu kita
Dia yang menyelamatkan kita
daripada amukan nafsu
Dia yang membantu menjaga anak-anak kita
Dia yang membantu menjaga
makan minum kita
Dia yang mencuci kain-baju kita
Dia yang membantu membersihkan
rumah kita…
Lalu apa salahnya kita bersabar dengan kerenah mereka?”
Taburkanlah segenggam salji
pada secubit api
Insya-Allah,
cinta itu akan semarak kembali!

Tuesday, November 23, 2010

Kasi kurang

Ni cite senario sepanjang aku dan arin buka kedai hp kat USJ.
Banyak benda yg aku dan arin perlu ketahui dan dalami al-maklum area ni kebanyakan penduduknya dari luar Selangor dan international...
Karekter bermacam - macam nak tak nak kami kena layan karenah pelangan yg pelbagai ragam ni...
Satu hari sedang aku menjaga kaunter depan sambil buat kerja2 ringan hp datang 2 org Mat Bangla. "Abg ini cover ada ka ? " sambil menunjukan hp Nk 1208 lampu suluh kat aku.
Aku tanya balik "apa cover mau inspektor sab ?".
Mat bangla sambil memandang kiri kanan seperti mencari sesuatu.."itu cover plastik ada ka abg ?"
"U mau mcm mana ? Sini ada itu silikon punya cover mau ?" kataku
"Saya mau itu ada zip punya ada ka bang "?balas Mat bangla
"Zip..ooo itu takda bai ". Jelasku
Sambil berbincang bahasa bangla dia ajukan soalan lain plak....
"Abg cassing ada ka "? tanya kwn Mat bangla
"Ada RM20 mau "? jawabku
"20 apa mahal itu copy ka ? Sana kedai jual RM8 juga" balas Mat bangla
"Ini bkn biasa / copy bai ini housing AP set hq punya barang mana ble itu punya kurang"?jawabku
"Aiyo..abg kasi 10 la abg ble..."? pinta Mat bangla
"Mana ble 18 la"? tawarku
"10 la abg"? rengek Mat bangla
"Tak ble 16 last"? tegasku
"Takpa bang saya wang mkn esok saya mari angkat 10 ble abg"? sambil berlalu kuar dr kedai
Hampeh tul Mat bangla ni dah tawar2 sok plak lg citer...berdenyut ja aku..
Tapi btol kat area aku ngan arin takda la bekeras ngan rega buat masa selagi tak d bawah harga beli aku ngan arin bg ja..
Kekadang tu ada yg nak gantung hp kitorang layankan jugak orang tengah sesak2 sian plak...
Tapi meme best jugak la bila dah mula beroperasi kedai sendiri, cumanya masa terluang bersama keluarga agak terbatas buat masa ni...
Nanti la aku update lg cecoret kat kedai hp usj..

Thursday, November 11, 2010

My Easy Resources ( MeR )

Diam tak diam dah hampir sebulan aku dan Arin mulakan operasi kedai alat telekomunikasi My Easy Resources ( MeR ).
Syukur alhamdulillah kehadiran kedai kami d sedari penduduk d Pangsapuri Angsana, Persiaran Subang Mewah USJ 1.
Buat masa ni kami beroperasi setiap Isnin - Khamis ( 6ptg - 11mlm ), Sabtu - Ahad ( 3ptg - 11mlm ) dan Jumaat tutup.
Kedai kami menyediakan perkhidmatan seperti aksesori hp, jual beli hp terpakai/baru, servis dan baik pulih hp, mengemaskini perisian hp, tambah nilai, dan khidmat pelanggan infomasi hp.
Kedai kami tak besar sebab dah d bahagi 2 jadi bayar sewa takda la byk sangat... Set up dan susun atur kedai aku ngan Arin yg buat.
Kebanyakan pelanggan kami terdiri dari kalangan warga Indon, Bangla, Myanmar dan warga tempatan Sabah dan Kelantan.
Kami buka kedai dengan hanya berbekal sedikit modal kerana kami merasakan sudah tiba masanya memiliki kedai sendiri. Dan yang lebih meyakinkan Arin bersedia dan bersungguh untuk membuka kedai setelah beberapa kali kami berbincang bagi persediaan untuk membuka kedai.
Cuma d sini kami akan kekurangan masa bersama keluarga kerana kami masih bekerja dan balik dari kerja pejabat terus ke kedai. Kesian gak kat isteri dan anak2 apabila masa luang bersama kurang.
Insyallah apabila suma semakin baik kami akan kembali mengutamakan keluarga.

Thursday, October 14, 2010

Adab Rezeki

"Bang beras dah nak abis" kata isteriku dr dapur
Aku yg sedang bermalas - malasan kat luar sambil cari idea dr kepulan asap yg kuar seperti awan omnibus....("hemm..dah nak abis ni baru bpa hb"kataku dl hati).
"yea2 yang jap g abg g beli kat kedai blkg"balasku.
"Ada apa2 lg ka nak beli ?" sambungku.
Dengan nada suara dr dapur antara dengar dan tidak isteriku memberitahu "milo, susu kota, roti, sabun mandi pastu klu ada cili giling, kerisik, lengkuas ngan daging belikan skali".
Tercengangku seketika bila mendengar brg2 yg perlu d beli sambil mencongak - congak jumlah yg mungkin aku bayar...seraya aku membalas"klu camtu baek kita g Mydin ja yang oi ?".

Gitu la keadaan yg sering berlaku dalam rutin harianku sekeluarga dan ia juga berlaku d dlm rutin keluarga kalian.

Diam tak tak diam kini ahli keluarga telah bertambah seorang lg ahli keluarga baru 'Nur Dahia Khadijah' yg d lahirkan pd 20 May 2010 d Pusat Perubatan Universiti Malaya.
Dalam pada yg sama tempoh perkahwinan aku telah menjangkau usia 8 thn dan anak ku yg sulung Muhammad Zikry kini telah berumur 7 thn dan Nur Damia Mahirah berumur 6 thn.
Banyak pekara yg berlaku dengan kenangan pahit dan manis sepanjang tempoh tersebut. Kekadang aku terfikir bagaimana aku dan isteri berjaya melalui segalanya dalam membentuk sebuah keluarga yg harmoni.
Banyak juga cabaran sebenarnya d dalam membentuk keluarga dan pastinya ada yg tak seperti d harapkan dan perlu penilaian kenapa...mengapa...bagaimana...bilamana...dmana....

Aku dan isteri sering mengingatkan pd anak2 supaya tertib, beradab dan mendegar kata agar orang tidak berkata sebarang terhadap mereka. Manusia sering kali lupa dan ia perlu d ingatkan senantiasa. Dan tuk membentuk sesuatu ia perlu d lentur dr peringkat awal dengan pemahaman yg jelas.

Kini aku dan isteri berada pd peringkat membentuk sahsiah kendiri anak2ku. Pd peringkat umur anak2 sebegini fokus mereka tidak menentu. Apa yg d rasakan menarik pd ketika itu...
Sering kali aku lihat kencenderungan anak2 berubah dr suka bermain permainan moden kpd permainan tradisi.

Tetapi adam d meja mkn sgt2 penting bagiku dan ini amat perlu anak2ku fahami kenapa.
1. Makanan adalah rezeki kurnian ilahi
2. Makanan adalah sumber menjana tenaga
3. Makanan adalah salah satu ungkaian kasih sayang
Dan yg paling penting makanan yg ada jgn d bazirkan...sementara ada dan mampu d perolehi
Jika kita lihat pd negara yg d landa kemiskina, tuk memperolehi secebis makanan adakalanya sehingga berlaku pertumpahan darah...

"Bang..bang...!"
"sapa plak ni dah masuk waktu nak bang ka"getus mindaku ?
"La tidoq plak org suh p beli brg dia bantai lena !"sergah isteriku
"Ha tido....?"sapaku sendiri
"Tu le ajak menolong itu ini ada ja alasan !"sambung isteriku
"Hehehe..."senyum kelat





*apa moralnya....????

Tuesday, October 12, 2010

101010

Tarikh yg akan d ingati kpd sesetengah insan...
Klu aku sehari sblm tarikh ni adalah tarikh hari lahir aku hehehe...
Dah berumur ni sabutan ala kadar ja...mlm 91010 mkn2 ckit kat Mahbub ngan kengkawan ngeteh Mascom, yg mana sehari sblm aku kitorang ada gak mkn2 tuk bday Chegu Sherry meriah woah...!!!!
Tarikh 101010 ni jatuh btol2 pd hari Ahad, meme cantik sangat le kpd mereka2 yg nak mendirikan masjid cam angkasawan Malaysia.
Apa yg lg menarik d adakan majlis secara beramai - ramai....meriah lg...
Kepada bayi2 yg d lahirkan pd tarikh tersebut juga tidak kurang hebat ada yg siap masuk paper lg cam anak2 merdeka plak....
Tetapi ada satu tragedi yg sungguh menyayat hati berlaku pd tarikh tersebut....kemalangan ngeri yg berlaku d lebuhraya utara selatan berdekatan persimpangan simpang ampat Negeri Sembilan - Melaka.
Kemalangan yg berlaku pd sblh ptg ketika suma sibuk dlm perjalanan pulang ke destinasi masing2 selepas cuti hujung minggu.
Kemalangan yg melibatkan 2 bas, 3 keta dan 1 mpv telah mengorbankan 12 nyawa pd hari kejadian. Mangsa2 kemalangan bertaburan d atas jln dan ada yg teperangkap d dlm dan d bawah kenderaan dlm keadaan yg sungguh menyayat hati dan mengerikan.
Kesesakan lalulintas hampir 15km dan tiada pergerakan sehingga kerja2 pembersihan d lakukan.
Semoga setiap perkara pd tarikh tersebut d amati, d ingati dan d insafi kerana apa yg berlaku adalah ketentuan illahi......

Thursday, October 7, 2010

Yakin boleh !

Sukan Komanwell kini sudah bermula dan India d pilih menjadi tuan rumah thn ni.

Malaysia mesasarkan 10 Emas pada temasya kali ini...mampu atlet Malaysia merealisasikan sasaran ini ????

Semua ini akan terjadi seandaianya setiap atlet dan ahli kontijien terlibat bersungguh untuk mengibarkan jalur gemilang d persada dunia...

Dan sudah pasti selepas melihat kesungguhan atlet basikal Azizul bagi acara Keirin yg memenangi pingat Emas sebelum kemenanganya d batalkan selepas ada batahan d terima.

Dengan susuk tubuh yg kecil berbanding perserta lain, azam dan iltizam yg tersemat menjadi dorongan selain percaturan yg bijak dengan langkah drastik d lakukan. Dia mampu mencabar dan mengatasi peserta lain.

Semangat sebegini dan membuang rasa rendah diri mampu menjana impian berdaya saing. Tidak seperti kita sedia maklum budaya orang Melayu yg lebih suka merendah diri berbanding bangsa2 asing.

Kita boleh merendah diri tetapi jangan merendah - rendahkan diri sendiri / orang lain kerana setiap individu tidak tahu d tahap mana kemampuan yg mampu d lakukan tanpa berusaha dengan bersungguh - sungguh.

Doa..Cuba..berusaha..impian...insyallah akan berjaya

Malaysia...Malaysia...Malaysia...

"Kami rakyat Malaysia, berasa sungguh bangga..."

*p/s: Semoga Azizul berjaya bagi acara pecut 200m...

Beginilah keadaan ketika sesi bantahan pembatalan kemenangan Azizul semalam besama jurulatih dan pengurus berbasikal.

Wednesday, October 6, 2010

Hp 2nd Tuk D Jual - 1

Hai !

Kat cni ada beberapa set HP dan telefon cordless untuk d jual. Harga ble d runding dan kondisi masih berfungsi dengan baik.

Cordless Panasonic (Baru masih dlm kotak) Full set ngan aksesori.
Rega: C.O.D RM100 nego


Motorola C975 ada 3G 2nd ngan charger

Rega: C.O.D RM140 nego

Status: Masih ble d gunakan

W200i 2nd dengan charger
Rega: C.O.D RM 120 nego
Status: Masih ble d gunakan
Ada lg set2 hp 2nd untuk d jual klu korang nak ble bg tau model apa dan klu korang nak jual hp elok/rosak bg tau harga ble runding.
Ni suma bkn aku yg punya ada yg antar repair tak amik2, kengkawan minta tlg jualkan tp hp2 yg hilang /d curi aku tak layan tu kena jumpa tok Moh dan Atuk Polisi kantora hehehe...















Tuesday, October 5, 2010

Dugaan & Rahmat

Rahmat otw p keja minyak abis ngam2 kat selekoh Subang Jaya nak masuk FH...huhuhu xcercise la apa lg jalan seiringan motosikal yeah....
Selalu ptg ja berpeluh p bersenam ni pagi2 lagi nasib baik udara segar kat kawasan sekitar...
Masuk lewat lagi tak ble nak buat apa bukan sesaja nak masuk lewat....
Takat tolak motor ja apa la sangat...tp hari Ahad masa otw nak p open ous rmh Lin/Dan kat Kg Sering, Bkt Antarabangsa, Wira Evo 567 aku buat hal masa nak uturn bateri kong...melintang le keta apa lagi....hehehe
Syukur gak la ada org yg sudi nak tlg tolak keta aku tu tepi klu tak keras suma keta yg tengah Q....
Biasa la bila dah kong bateri nak kena jumper tp aku plak terlepas kata takpa konon tak nak melengahkan masa depa yg tolong...
Talian hayat yg terdekat C Kak Ngah Zafirah yg kebetulan ada kat rmh MIDF hehehe..makasih Kak Ngah...
Sudahnya ari tu kami sempat p 2 rmh ja tak seperti yg d rancang ni suma ketentuan...
Kat rmh yg last, rmh Yang Kasim anak2 dpt jugak melepaskan gian nak berenang hahaha...
Semalam aku dah p survey rega batteri 5-6 kedai yg average rega RM150-RM170 ble tahan gakk klu tengah2 kering...sudahnya aku jumpa satu kedai dia offer bateri kering ngan kadar rega RM60 jaminan 2 minggu dan klu return bateri lama dia bayar RM20. So aku pun malas nak pikir angkat ja memandangkan jam pun dah pukul 8mlm mana lg nak p cari....
Natijahnya periksa dulu sebelum ke mana2 hohoho...

Monday, October 4, 2010

Even Sana Sini

3 Oct 2010

Gambar ni aku sunting dr akhbar Mingguan Malaysia sebab apa...????

Ini merupakan event pertama Wife aku & the Gang ( Intan, Leed & Suzane )...

Pastu kat gambor tu ada gambar anak2 aku ngan kawan2 dia ( Fidaus, Zikry, Mia Sara (Bong) & Damia bersama Dato Sharizat...

Keceriaan terselah terutama pd wife & the gang bila program berjalan lancar seperti d rancang dan pujian drpd suma yg hadir...

Inilah gelagat mereka d pentas bergambar bersama Dato Sharizat selepas tamat persembahan pembukaan majlis yg d anjurkan UNZA.
(Yg tiada dlm keratan akhbar Ilhan, Damia/K.Amy, Fairus )
Kepada Sesapa yg berminat utk mengadakan sebarang program boleh berhubung dengan angensi wife aku dengan informasi yg lebih jelas.

Thursday, September 30, 2010

Raya...Hujan...Sukan...

Jap ja ari ni dah 21 Syawal, lama dah Ramadhan berlalu pergi..

Apa mungkin segala apa yg d lakukan sepanjang Ramadhan d barkati.....atau hanya sekadar menahan dr lapar dan dahaga mungkin...

D kala Ramadhan menjelma kehadiran hujan amat d nanti, ia bagaikan rahmat bg melalui siang hari yg nyaman...

D kala Syawal keluhan kekadang d dengari hujan bagai membataskan kemeriahan Syawal...

Masa d ketika itu d isi dengan menonton siaran raya, bersembang, berintenet dan tidak kurang jugak yg tidoo....

Hari ini walaupun masih dalam musim perayaan aku dah memulakan latihan acara sukan untuk persediaan menjelang Karnival Sukan CCM 2010.

Banyak gak acara yg nak d sertai dan yg pasti bolasepak menjadi keutamaan dan tumpuan hehehe...

Klu bolasepak hujan ka apa suma tak kisah....ini mungkin juga d sebabkan kehangatan musim bolasepak Inggeris pun dah bermula...yeah !!! Go..go..blues..

Hari ni ada rematch antara CCMF vs Uitm ble d katakan suma tengah stim cumanya angin ja sendiri mau ingat hahaha...

Apa pun keputusan perlawanan tak perlu d ngiraukan yg penting suma enjoy the game...

Training Bkt Tabur

Hoi hai....!!!

Ni just nak update citer lame d sebabkan aku tak dpt p Gunung Kinabalu baru2 ni...hehehe

Ni antara koleksi gambo2 ngan Faizal @ Kacang masa p Bkt Tabur, Hulu Kelang.

Ni pun kira lewat kitorang p tu yg cerah dah bila sape atas hahaha....

Laluan meme best korang p la baru tau cane aku ngan Kach sape puncak yg last pastu leks view highway vrooommm....

Abang ganteng ngah berpaut...


Stage ketama sarapan pg nasi lemak by Kach hehe...

Sedap woah...ssssss


Aku d cni Kach d sana wakaka....
So klu korang nak p sana taip ja Bkt Tabur nanti kuar la info hehehe...
Adios....adidas...adibas...



Wednesday, April 14, 2010

Tips Penjagaan HP

Kini hp merupakan keperluan setiap insan. Tanpa hp d cc sudah pasti anda akan merasakan sesuatu kekurangan btol ka ????

Just nak share info cara penjagaan hp n diri anda.

Selalunya waktu yg paling sesuai tuk mengecas hp sblm tidor btol kan ???

Dulu aku pun buat camtu gak tp sekarang tidak lg nape ???
1. pastinya tak nak berlaku over cas pd hp yg boleh menyebabkan kerosakan ic dalam hp
2. litar pintas sekiranya berlaku reverse cas d sebabkan charger tak berfungsi dgn baik n bat exp ( kembung )
3. supaya tidak tertinggal d rumah hehehe..

Pastikan cas hp anda apabila tinggal 2/1 bar dan cas tuk tempoh min 2 jam.

*Tabiat kejap2 cas perlu d tinggalkan kerana ini merupakan punca tempoh ketahanan bat berkurangan.

*Jauhkan hp anda ketika waktu tido dgn jarak selamat dan ble d dengari. Elakan dr meletakan hp d bawah batal yg pasti akan menghimpit hp anda dan boleh menyebabkan kerosakan dr tekanan tersebut.

*Jgn guna kamera hp apabila bat pada 1/2 bar nape ??? Bkn sebab nanti snap gambo tak cantik tetapi apabila bat hp pd tahap tu dan kamera d gunakan akan menyebabkan lebihan kuasa d perlukan dan ini akan menyebabkan hp akan menggunakan lebihan kuasa yg ada tinggal drpd hp dan sudah pasti boleh menyebabkan kerosakan pd hp anda.

Banyak lg punca yg boleh menyebabkan kerosakan hp dan tunggu info yg akan datang....

Sayangi la hp, wang dan diri anda.

Sebarang kemuskilan anda akan d layani bkn layari yea...

Tuesday, March 30, 2010

Mobile Station @ MAEPS

Akhirnya setelah hampir 6 bln aku n arin plan cane nak develope bisnes repair hp...???? dan langkah pertama setelah 8 bln beroperasi d rumah masing2, kami menyewa tapak d bazar fleamarket MAEPS, Serdang.
Bazar ni dah beroperasi sejak dari Jun 2009 dan beroperasi setiap hari Sabtu dr jam 4ptg - 12mlm dan jumlah bil peniaga semakin bertambah dengan keluasan kawasan tapak yang luas tuk pelbagai jenis aktiviti.
Berada dalam kawasan MARDI tapak pesta MAHA yang d anjurkan setiap tahun. Dan yang lebih menarik bersebelahan tapak bazar d sediakan litar drift ( Formula Goodyear ) dan litar go-kart bagi mempelbagaikan aktiviti hujung minggu d sana.
Tapak berniaga kami berdepan khemah urusetia dan pentas karaoke hehe..dengan nama My Easy Resources ("U'r Mobile Station"). Senang ja nak cari khemah p dulu baru tau...
So far dah masuk mgu ke 3 kami berniaga alhamdulillah syukur barkat dr Allah yg maha esa tidak menghapakan kami/pengunjung/pembeli yg dtg ke cni.
Apa yg kami ada emm..repair n servis, aksesori hp, top-up dan khidmat nasihat apa saja wakaka...
Worait ! nak citer lebih mai kedai kami kat MAEPS, Serdang aku blanja minum ngan apam balik pun takpa sebab la ni aku ada keja nak buat customer dah lama tunggu hehe..

Tuesday, March 16, 2010

Menyepi..bertapa..bz..

Kulaan..napang d ulah ???

Pergh ! ayat intro yg dah lama tak d dengari / d fahami wakaka...
Lama tak update bkn takda citer ??
Aku tak berkesempatan pun nak guna aplikasi opis mana2 ni kat rmh.. angka giliran aku baru ja d panggil hehehe..
Last update musim haji skang dah musim cuti sekolah aku citer sepitas lalu ka sepantas kalu ummmm...???

Jan 2010 - Bermulanya sesi persekolahan baru anak aku Zikry Lampard yg kekadang ngan panggilan Zikry Drogba masuk tahun 1 dan c Princess Damia masih lagi d Kompleks 3C MPSJ tuk tahun 6.
Persiapan d luar dugaan tuk kedua - duanya mana taknya bila dah ke sekolah yang berasingan bertambah perbelanjaanya dan syukur wife tercinta dan anak2 memahami bajet papanya tak seberapa...
- Cuti2 Malaysia awal tahun takda ke luar negara tetapi masih lagi dalam negara ngan kadar percutian bajet hehe..
Kami sekeluarga ke Kolam Air Panas Sungkai yang mana kebetulan laluan otw ke kampung.
Lokasi menarik tak sibuk puas la aku ngan anak2 mandi manda dalam taman kolam buatan yang mana airnya dr sungai yang dingin wahhh.!!
Wife tak join bkn sebab kena jaga barang tp dia tak selera nengok org rame dlm pool pembawakan budak agaknya...errr hehe..nak bertambah sorang lagi keluarga yang d jangka dalam bulan May 2010.

Feb 2010 - Kami meme takda ke mana selain hujung minggu p Mahbub ngan pusing2 cari barang tuk jualan langsung dari opis ke opis.
Wife aku dah lama takda keja tetap tp minat dan kemahiran dalam bidang perniagaan meme ada dalam diri dia tu yang aku pun mulakan perniagaan dalam bidang Telekomunikasi ( repair, servis dan aksesori hp ).
Skang aku ngan Arin dah mula perniagaan kecil - kecilan kat Bazaar Maeps Serdang. Setiap hari Sabtu dari jam 4ptg - 12mlm.
Kalu korang nak cari khemah kami senang ja sebab ada satu khemah ja yang menjual aksesori dan repair hp kat sana ngan nama My Easy " U'r Mobile Station ".
Dalam bln ni gak aku ngan Kacang ada p mendaki Bukit Tabur kat Hulu Kelang. Wokey gak riadah ni tracking makan2 takda la terkejar - kejar nak sampe puncak hehe..

Mar 2010 - The Blues d landa ngan pelbagai skandal ahhh !!! apa aku peduli asalkan setiap perlawanan depa menang.
F1 musim baru dah mula dan pusingan pertama d Bahrain yg mana pasukan Ferari membuka tirai ngan penuh gah..Schumi sekadar d tempat ke-6 dan Lotus masing ke 17 & 18.
Aku teringgin nak P F1 ni dan awal April akan berlangsung d SIC Malaysia tapi aku kena check balance cane gurpp...

Wokey.. roger... dah penat baca aku cau sin ci dulu kat cni