Thursday, June 4, 2009

Demam Kenduri Kahwin

Pergh..mgu lepas punya penat p kenduri kahwin tak hilang lagi sampe la ni...tu yang delay nak update. Mana taknya wife aku mula ja ari senin dah sibuk ngan task keja online iklan ngan enche Na1. Dok tunggu nak guna komputer dah lewat aku ajak c adik (anak Damia) bersembang langsung lena wakakaka..

Best gak trip ke majlis kenduri kahwin Suria kat Parit Bertak, Benut - Pontian, Johor. Ni kira trip bajet first kitorang sekuarga setelah sekian lama tak p mana hahaha..

Pagi Sabtu p amik result anak2 ( Zikry n Damia) kat 3c skali ngan sarapan pagi kat sana. Keputusan yang memberangsangkan Zikry dapat no 2 dalam kelas keseluruhan no 3 dan Damia no 3 dalam kelas dan keseluruhan pun no 3 syukur berkat usaha depa nak bersaing ngan kengkawan yang lain cam c Haziq Danial, Dina, Amal, Amerul, Farhana, Aleya pastu rame le kengkawan depa. Cumanya teacher depa ni kata c abang ni suka rushing buat kerja (cuai bukan tak ble buat) pastu bab2 kerja seni kurang dan c adik maintain dhek dia la very pollite kat sekolah cane...

Balik 3c trus p servis keta kat kedai Ah Pang kedai belakang ja pasalnya pomen no 6 pun dah mula cuti sekolah tak boleh buat apa....ekelleh

Sebelum mula perjalanan masih lagi sekitar kawasan rumah wife ajak p makan dulu. Ingat nak sapade kat Restoran Jaring tapi umat rame la plak so kitorang p makan ayam penyet lagi slurp..burpp

Lebih kurang jam 1 tengah hari baru masuk highway Utara - Selatan dari Kajang ke Tangkak.

Perjalanan lebih kurang 2 jam trafik pun tak slow aku pun pandu Wira Evo 567 dengan gaya macho berkaca mata dan depa pakat lena kenyang sebelum perjalanan.

Exit Tangkak menghala ke bandar Muar lebih kurang 18km nak p usha hotel wife dah book Hotel Seri Pelangi, saja la kot ada lagi best..hehehe

Jumpa dah hotel tu dan masih ada masa sebelum waktunya jam 5 ptg kitorang usha hotel lain yang lagi best, sebabnya "giginya mengerikan" koh..koh..

Dalam dok pusing2 bandar Muar cari hotel lain tu usha skali ngan port nak makan nanti malam ada la 2 - 3 lokasi yang menarik cam kat stesen bas tepi sungai.

Haaah !! jumpa hotel baru namanya D99 cam nama durian sebutanya hahaha..aku p tanya klu2 ada kekosongan lagi. Staf dia kata bak no phone nanti lagi 10 menit lagi dia call.

Kami pun p usha hotel lain yang kat blakang ja hotel durian tu namanya Riverview yang terlidung dek bangunan tak nampak sungai pun.

Blom pun sempat lalu trafik light phone bunyi, panggilan dari hotel durian yang mengatakan ada kosong wife tanya aku, aku tanya kat anak2 hahaha..kami p la hotel durian balik tuk check in. Rega pun menarik murah bangat berbanding Seri Pelangi cuma takda pool hotel baru ja buka 25 May tak sampe seminggu pun jadi eviroment bersih menarik memang da boom la...

Huuaarghh..ngantuk la plak nak citer..klu sok / minggu depan aku sambung citer ble tak ???
Ni pun blom sape rumah kenduri kahwin lagi..cane ngantuk bangat dehh... tunggu lanjutan haaa !!

2 comments:

  1. selamat kenduri laaa macha.nnti gua beli baju v.nistelrooy.tapi apesal minat van nistelrooy

    ReplyDelete
  2. 2adreen; bukan minat ingat nak bagi present kat member kahwin minggu ni dia fan 2 v.nistelrooy hahaha...

    ReplyDelete