Tuesday, June 9, 2009

Menyingap..

Arghhh...!!!!
Napa la time aku nak sangat2 guna benda tu courupt tak ke hampeh si magalitok hehehe..
Abis suma gambor2 kat dalam camera phone tak bole buka, pastu yang dalam thumb drive pun sama gak suma ada virus tuttt...
Dah la semalam last rumah kenduri rumah Boss aku enche Azreen tak sempat p keras aku ngan family dari Bagan Tengkorak ke lepas jambatan Tanjung Karang dekat 2 jam dari jam 2 - 4 ptg tersenguk - senguk kat situ...hisshh
Nasib baik dari kampung aku dapat gak p kenduri kahwin enche Rosli(Acob keano) kat Bagan Datoh. Masakan sedap sempat la nengok kawan baek aku ni d arak bersanding phewitt manchomeng...!! Rame gak la member2 tempat kerja lama aku jumpa kat sana enche Jumaat, Nyah, Maggi pastu geng futsal Sport Planet Subang belakang BP enche Am, Mamat, Lanun, Apai dan yang paling best Jonni yang jadi pengapit (amik barkat).
Sudahnya lepas ja dari jem jambatan tu aku ngan wife plan nak p makan soto kat Sg. Serdang area Jeram, tapi malangnya tak jumpa kedai tu la plak...
Last kitorang berpeleseran kat Pantai Remis area Sg Sembilang kena tiupan angin petang dan melihat ombak laut yang menghentam pantai. Part ni anak aku dah tak tahan bukan dia kira air laut keruh ka , ombak tinggi ka dia dah stim nak main air. Ayat sadis dia "Papa kita tak paking ka kat sini ??" haduii la...
Ni sok aku kena iktiar cane2 pun tuk upload file2 gambor tu, tanya pakar IT bukan pomen no 6 huhhh.... korang pandai tak..????

1 comment: