Tuesday, June 23, 2009

Kursus nyut2 vs Kursus Handphone

24hb - 29hb ni ada kursus anjuran company di bawah Jab sekuriti.

Actually aku tak nak p kursus ni sebabnya lama sangat sampe 6 ari pastu kat Opis ja tak ke siut tu ??

Program ni kononya ala2 kombat pagi/petang ngan poco2, kawat, kerja kumpulan pastu apa ntah lagi...

Dia ingat apa kitorang ni dak2 junior baru masuk IPT ka ??? Tido dalam khemah ngan jadual yang ketat siap ada sayang c buta lagi haduiii...mana masyuk klu "Karaoke ON" !!

Ntah la aku meme dah tak stim nak p cuma yang part xtvt kat Kuala Kubu berkayak kat sungai ja yang aku rasa teringin nak try !! Lelaien tu baek aku dok opis buat keja huk..huk..huk..

Ha..! Jumaat ari tu aku ada p GMTT amik transkrip keseluruhan Diploma aku.

Lega la dah amik boleh le purpose kot HR mana tau depa nak bagi aku saguhati ka derma anak yatim hahaha..

Teruja aku GMTT dah berubah dengan pelbagai latihan dan yang terkini Kursus Baik Pulih Handphone di samping itu juga ada kursus Kahwin hehehe..

Bergo..go la aku ngan Kak Bashee sementara Kak CT amikan transkrip aku.

Rupa - rupanya akak2 ni suma dah ikut kursus tu depa dah mula repair handphone.

Kursus ni berlangsung selama 2 hari sahaja ( Sabtu & Ahad ) dari jam 9 pagi - 5 petang dan yuran terendah yang pernah aku jumpa RM600 sahaja.

Tamat latihan akan diberikan sijil tauliah yang diiktiraf dan peralatan baik pulih handphone untuk terus memulakan perniagaan baik pulih handphone.

Tetismoni:
Kata Kak Bashee ada sorang peserta dari Felda area Pahang ikut kursus ni. Habis ja dua hari balik kampung berebut orang nak hantar repair / upgrade phone.

Mana taknya bukanya ramai Melayu yang berminat menceburi bidang ni habis kuat pun takat jual top-up repair suma antar kedai bangsa lain.

Ni kira peluang perniagaan kat korang yang takda kerja / nak buat part time / nak suh sesapa ahli kuarga yang dok kelewak2 tak tentu hal tu p la amik kursus ni. Berbaloi..baloi..

Kepada sesapa yang berminat boleh call trus GMTT 03-26945941 cari Kak Bashee / CT tuk sebarang pertanyaan / pendaftaran. Jual ja nama aku kat depa kompom ble dapat duk depan skali wakakaka..

Kot payah sangat nak dapat call ja aku 012-6211821 tanya apa saja yeah !!!


"Carilah Ilmu Itu Walaupun Ngan Orang Cina"



p/s: Jadual tuk bulan berikutnya akan di update kelak yee...

No comments:

Post a Comment