Monday, June 15, 2009

Jerebu yang berarak..(sebut btol2)

Jumaat - cam biasa malam p ngeteh kat Mahbub. Suma ahli majlis mesti akan bersidang kat sana citer apa saja hal dunia, akhirat, politik, future dah yang paling di nantikan sesi bergo..go..

Walaupun dah lama ngeteh kat Mahbub kira2 cam dah feminin la kata cikgu K.Syanas kat sana masih blom dapat2 lagi kad VIP..cane ???

Dah minggu terakhir cuti sekolah aku ngan wife serta anak2 masih ada lagi dapat jemputan undangan majlis walimaturus. So tu program tuk ari sabtu.

Malam tu dalam dok bergo..go cuaca nampak suram je yela malamkan tapi hangat. Bergelas ais 0 aku minum dah lalu nak taji manis2. Dan yang menariknya OTW ke Mahbub kat radio berulang - ulang memaklumkan info trafik kesesakan lalu lintas sana sini aik..pelik tu !!!
Dari jalan dalam pusat bandar sehingga di luar bandar pun sesak ke mana plak depa ni p ada "Fun Fair" ka ???

Acara penutup kat Mahbub berakhir lebih kurang jam 2 pagi angin pun dah mula sepoi2 bahasa best klu dapat meniarap kat rumah..pergh !!!

Sabtu - lepas siap buat urusan kat rumah sekeluarga 5S tu...kitorang bersiap - siap nak p majlis jemputan kahwin pertama rumah ench Rahman dan K.Shima kat Jln Jambu, Meru.

Berpandukan peta kad jemputan yang aku photostat sampai jua aku ke destinasi.
OTW dari rumah cuaca masih lagi berjerebu dan terdapat sejemput - jemput awan hitam kumulunimbus di beberapa kawasan cewah..!!!

Tak lama pun aku kat sana jumpa 2-3 kenalan opis dan tuan rumah dia suh makan, selesai ja salam tarik pengantin pun baru sampai blom berarak lagi. Umm..takpa la sebabnya ada satu lagi majlis kat Lembah Keramat kenduri kahwin enche Hairul Panjang kenalan masa kerja tempat lama.

Fuih..!!! jauh tu dari Meru nak ke Keramat. Nasib baik kerajaan dah sediakan banyak lingkaran lebuhraya asal korang bayar ja kat pondok2 yang disediakan.

Kurang 1/2 jam aku sampai dah Lembah Keramat ngan Wira evo 567 aku tu..

Time sampe tu pengantin pun tengah dok sibuk bergambo dah abis pun majlis makan biadap hehehe..beradab. Kat sini ari lagi gelap tapi takpa bila di hiburkan dengan lagu2 "pagi yang gelap oleh Hujan", hari gelap pun takda hal / mungkin sebab aku masih berkaca mata hitam ???

Kat cni aku jumpa Joha n family, Azhar Zain x'staf tempat lama aku pastu yang lelain suma korang tak kenal pun.. koh..koh..

Berita gempar yang kura paper rupa - rupanya c Joha tu dah nak berhenti kerja nak run bisnes kedai minum kat Kolej 12 UPM bermula 26hb ni. Pastu dia nak cari tenaga kerja mahir/tidak tuk bancuh air kat sana. Korang klu ada sesapa yang nak d rekomenkan selain anak didik K.Syahnas c Vasugi roger ja kat aku nanti antuk c Joha.

Takda majlis tari menari / joget lambak aku ngan family pun beredar dari Lembah Keramat nak balik rumah.

Petanda baik OTW balik cuaca mula kelihatan cerah, wasup yang berkabus sebenarnya jerebu dah pun berkurangan. Ni suma kuasa tuhan dengan sedikit rahmat rintikan hujan jerebu berarak pergi..cam lagu plak teka Adreen klu tau ???

Malam siaran tv pun tak berapa menarik dan dalam dok aku mengahalau nyamuk d luar ada jiran datang menyapa cari wife aku. Bukan nak bergo..go la ni nak tau pasal produk ALPHA LIPID. Wife aku pun lawa masuk rumah pastu dok tung..tang..tung..tang.. aku bancuh air kat dapur jamu tetamu beb..

Banyak la benda yang di sembangkan dan last skali tetimoni yang kat dalam paper SinarHarian tu rupanya cucu dia c enche Idris. Kata dia enche Idris ni seperti mati hidup semula selapas minum susu ALPHA LIPID beberapa tin, tu kenyataan dia masa jumpa enche Idris datang ke rumah dia. Dan enche Idris tu sebenarnya satu group ngan upline kitorang agent tuk area Batu Karang.

Tetamu dah balik info pun dah di sampaikan wife ajak p restoran baru nama dia "RESTREES" kat area rumah ja. Tempat ni memang menarik la sebabnya restoran ni under company construction Perwira Bintang. So tak heran la klu interior dia sanga2 menarik. Bukan tu ja servis dia dari waiter, chef, guard dan even owner/manager dia siap berbual ngan kitorang aku, wife ngan anak2 memang mesra pelangan la. Menu dia konsep tradisional dan rega biasa ja. Nak tau lagi korang p check Blog Red Mummy yang ada kat dalam list wife aku dan K.Syanas.

Tengah dok rileks2 kat "Restrees" ada sms masuk, rupanya dari Lan agen baru area Shah Alam. Dia nak order barang ALPHA LIPID lagi cantik la tu, sebabnya bulan closing tuk royalti mana nak tau nama Lan diantara yang akan di panggil yeahh...

Trus wife aku check ngan Boss Pn Za ada stock ka..?? Dalam dok tanya2 rupanya depa janji nak p Mahbub lagi tuk amik barang. Wokey la aku pun takda program belia bole ja nak p Mahbub.

Kami dua family dok pot.. pet.. hampir jam 1 pagi gak la. Best gak la banyak benda yang di bualkan anak2 aku pun suka bermain ngan anak Pn Za c Alesya. Ligat depa ni bermain kat sana macam ada playground la kat sana tu yang di sediakan oleh Mahbub walaupun takda...

Ahad - malam wife aku sakit perut ntah berapa kali p check toilet, syukur gak bukan kami sekeluarga yang bercinta ngan toilet klu tak roboh cam kuarga c cokmat hahaha...

Pagi2 lagi dah dapat panggilan bertanyakan tuk dapatkan produk ALPHA LIPID dan pelangan enche Aspan ni dari area Puchong dekat la tu ngan rumah orang tua aku tengah nak cari stok tuk wife dia yang tengah mengandung alahan teruk gak dari citer dia. Kami janji la jam 11 pagi jumpa kat Syed Bistro Puchong Perdana.

Tepat masa yang di janjikan segala urusan transaksi berjalan dengan lancar dan detail berkenaan produk dah di sampaikan, aku ngan wife nak p Mydin beli barang dapur sikit. Saja la exercise sebenarnya kat dalam tu jalan2..

Balik dari sana hantar barang kat opis Lan sembang2 sikit trus balik rumah.

Hari ni cuaca memang cerah dari semalam dan bahang terik matahari sangat2 di rasai dari semalam.

Kat rumah anak aku dah merengek nak gunting rambut. Yeela..nanti petang redup sikit Papa bawak k...

ZZZzzzzzz...

No comments:

Post a Comment